PERHATIAN! PENGGUNAAN BAHASA DALAM BLOG INI TIDAK SESUAI DIGUNA PAKAI DALAM KARANGAN BAHASA. HARAP MAKLUM. FOR NON-MALAYSIAN, I'M SO SORRY. THIS BLOG CURRENTLY IN MALAY. -penulis blog-

Saturday, February 5, 2011

mimpiku..bukan mimpimu..

gong xi fa cai!!
p/s: by my younger brother.. hahaha..

HAPPY CHINESE NEW YEAR!
XIN NIAN KUAI LE
Sorry laa lambat pulak wish.. haha!! almaklumlahh..
syok sangat holiday sampai terlupa nak wish.. hmm..
Zee ingatkan nak wish kat kawan2 chinese tapi tak de
num phone pulak.. 
cuti kali ni, family Zee pergi jauh ke melaka!! (jauh kot..)
P E N G K A L A N  B A L A K
maybe ada yang tak tau.. tapi buat2 tau je la ye..hehehe
last year, pernah ke sini tapi dengan kawan2 mentor
maktab.. study laa katakan.. hehehehehe..
syok tau study tepi pantai!
cantik kan?? hehehe.. (jangan percaya!)
bila Zee jalan2 sambil menghirup udara segar..
Zee teringat kembali zaman dulu2..
waktu Zee dengan kawan2 datang sini.. still segar
dalam ingatan Zee dekat mana kitorg study,
dekat mana kitorg makan, dekat mana ktorg beli
burger and ice blended, dekat mana budak2 lelaki
campak kawan2 yang tak basah ke pantai!
hahaha!! and paling Zee ingat, dekat mana Zee dan  dia
(sahabat yang pernah Zee cerita dalam post yang lepas)
selalu pergi and ambil gambar.. seriously, Zee keluar je 
dari chalet, Zee ingat dia.. entah dia ingat ke tak dekat Zee
nih.. hmmmm....

tujuan sebenar Zee update blog ni, bukanlah nak cerita pasal
holiday seperti yang sebelum2 ni.. tengok la dekat tilte blog..
MIMPIKU..BUKAN MIMPIMU..
tak ada niat pun nak buat cerita seram ke.. komedi ke..
romantik tepi pantai ke.. tapi Zee just nak luahkan kerinduan
Zee pada si dia.. ehem2.. siapa ye??
hahahaha!!
sorry ye sebab Zee memang simpan gambar anda
dengan banyak sekali!
inilah orang yang Zee mimpikan malam tadi..
tak tau la kenapa.. sebab rindu kot..
tapi dalam mimpi tu, something yang Zee tak sangka akan
berlaku, terjadi pulak dalam mimpi..
(scary tak?? kalau tak diam je! jangan gelak..)

"akak....apa yang berlaku?"
soalan yang bagus! 
alkisahnya begini..
Zee jalan2 (situasi berlaku di MRSM MUAR!)
and terus memberanikan diri masuk ke ATT..
tapi, Zee tak masuk bilik sebab takut.. so, Zee duduk
dekat tangga je.. entah macam mana, kepala Zee
automatik mendongak ke atas.. (boleh nmpk anak tangga
yang seterusnya laa)..
punya laa Zee terkejut beruk! (tapi muka still ayu..hahaha)
Zaty and dia ada di situ tengah duduk sambil membaca
buku.. (rasa macam minggu exam SPM pulak..)
Zaty tegur Zee dulu.. Zee senyum je tapi dalam hati ni,
Zee nak sangat dia yang tegur Zee.. lepas tu, terus sunyi
sepi..Zee pun tunduk tengok buku dekat tangan Zee
(entah bila pulak Zee pegang buku..mimpi memang pelik!)

Tiba2... hah!! start time ni laa segalanya memberi seribu satu
makna dalam diri Zee.. dia duduk sebelah Zee!!
Zee toleh dengan mimik muka terkejut!
hah!! yang mana satu lagi cute?? yang cute
tu laa muka Zee time tu! hahaha!!
ok2.. stop perasan..
time tu, dia lemparkan senyuman yang paling manis
laa!! haha!! lepas tu dia cakap apa tah.. dah tak ingat!
tapi for sure, memang sangat happy time tu! 
dia lukis bibir tebal dekat buku Zee!!
(benda yang dari dulu itu je dia selalu lukis untuk Zee)
Zee happy sangat2 dalam mimpi tu.. tapi..
mimpi je kan.. bestnya kalau menjadi realiti..
mungkinkah ini satu petanda dari Yang Maha Esa
bahawa suatu hari nanti kami akan berbaik semula??
hopefully..

tengah Zee syok2 mimpi dalam tidur yang sangat lena..
tambah dengan air cond dengan setting suhu 24'C i guess..
(tak sejuk mne pun tapi untuk bilik yang sangat kecil, sejuk la!)
selimut bertingkat-tingkat (da macam kuih lapis)
hiasan semata-mata! bukan Zee!

tiba2.. berkumandang... (bukan azan subuh)
bunyi gitar lagu stay-estrella..
ahhh!! sangat mengganggu!
time tu..dia hilang..
tidakk!! and then.. dia pergi begitu sahaja..
cewahh.. da macam cerita cinta pulak..hahaha!!
sampai di situ sahaja mimpi Zee.. mimpi yang datang 
hanya seketika tapi cukup bermakna..

berbalik kepada phone Zee yang memekak tu..
rupa2nya Fi hantar mesej... ada dua mesej dalam
inbox.. satu daripada Fi and satu lagi daripada Fadhil..
ehem2... Zee pun baca.. hahaha..

THE END


Wednesday, February 2, 2011

sebulan di kem princess haliza

Sebagai pembuka bicara.... ehem2.. almaklumlahh..
da sebulan Zee tak update blog.. Zee just mampu
memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNYA,
Zee masih hidup sampai ke saat ini! yeah! kenapa tiba2
Zee cakap camnih ye?? hahaha!! maybe ada yang tau..
maybe ada yang tak tau.. Zee sekarang bergelar WIRAWATI
negara!! whoa!! susah senang hidup bergelar wirawati nih,
hanya Allah yang tahu..

Waahhhh!!! tak sangka sudah sebulan Zee menghabiskan
masa di kem PLKN PRINCESS HALIZA!!
sepanjang Zee di sana, for sure laa masih ada kawan2 yang
kurang bernasib baik (tak dapat PLKN) cakap macam2..
whatever laa korang! tak pernah datang banyak cakap pulak!
kalau kawan2 nak tau, memang ramai kat camp site Zee
pada awalnya tak rela datang ke PLKN.. but after about a
 month, jeng..jeng..jeng..
mereka2 yang tak rela datang tiba2 tak rela pulang bercuti
tahun baru cina! apa da jadi nih??? hahahaha!!
hanya pelatih2 PLKN sahaja yang tau.. di sini, Zee berkenalan 
dengan someone yg sgt special and for sure, she lights up my
life! SHE ok.. NOT HE! her name is NUR A'FIFAH BINTI
MD AKHIR.. orangnya kecik, comel, pendiam..
tapi diam2 ubi berisi.. hehehe.. "tak kenal maka tak cinta"..
seriously, bila Zee mula kenal dia, Zee terus nak
sentiasa mengenali dia.. Zee tak ada simpan gambar dia.. so,
lain kali je la Zee letak gambar dia.. Zee dapat rasakan dia
anugerah daripada Allah untuk Zee menggantikan sahabat Zee
yang suatu ketika dahulu Zee sangat rapat and sangat sayang..

hari nih, Zee da mula bercuti untuk tahun baru cina.. panjang
kisah hidup Zee di sana.. but yang penting, Zee nak bagitau
yang kawan2 di sana panggil Zee dengan nama ZEE!!
hahaha!! tak pernah expect this name akan melekat kat
diri Zee nih.. this name just suka2 dalam blog nih.. tak sangka
pulak di princess haliza, nama ini menjadi fixed name untuk
Zee.. hehehehe.. tapi, ada jugak yang panggil ZEE AVI!!
adoyai.. Zee kat sana pakai tag merah! apa benda
pulak binatang nih?? haaah!! pemakai tag merah
dikenali sebagai pelatih pembawa penyakit membawa
maut.. tak pun, pelatih tersebut terlibat dengan kecederaan
serius before masuk PLKN.. so, tak boleh langsung
terlibat dengan aktivit lasak! termasuklah kawad..
tapi Zee peduli apa.. Zee buat jugak.. tak syok ar
kalau tengok jer kan??? hehehe.. Zee ada
penyakit apa?? hah! tengok la post Zee yang before
nih..

nak pendekkan cerita, Zee company BRAVO!!
dalam PLKN ada 4 company: alpha,bravo,charlie,delta..
seriously, ini first time Zee duduk hostel and tak rasa nak
balik rumah langsung! malah rasa tak sabar2 nak pulang ke
princess haliza lagi!! duduk sana memang full of joy and
happiness... yang paling best, satu malaysia! hidup
tak berpuak-puak.. malay-chinese-indian-sarawakian-sabahan
semua hidup bersama! makan sama2.. tidur sama2..
jalan sama2.. main sama2.. belajar sama2.. mandi tak sama2..
hahah!! bahaya tu! hidup Zee di princess haliza sangat
lain.. kalau dulu di hostel, Zee laa yang kawan2 panggil gemuk,
pendek, blur, tomboy, hensem, lampi, ganas, kasar
 n macam2 lagi yang agak negatif.. 
tapi, di princess haliza lain pulak ceritanya..
hahaha!! kadang2 Zee macam tak percaya! yang paling
Zee tak percaya, berat badan Zee turun!! from 48kg to
45 kg.. ok la even 3 kg je kan... padahal kat kem
makan 6 kali sehari.. lauk sedap2.. memang tak boleh
tertinggal satu pun!! hehehe.. hebatkan life di PLKN..??

buat masa nih, memang tak ada yang membosankan Zee..
pembelajaran dalam kelas pun best! yang hebatnyer 
pelatih2 PLKN nih, kitorang langsung tak terfikir pasal
result SPM!! hahahah!! berseronok jer kat sana sampai
result SPM yang tak dapat lagi pun langsung tak terasa..
dalam kelas, belajar macam la kat tadika.. lebih2 lagi 
cikgu2 yang tip top laa!!! Zee tau
banyak benda baru dalam membina jati diri sebagai
warga Malaysia.. KAWAD pagi2 buta! hahaha!! tapi best..
non-muslim memakai tudung..!! rasa bangga pulak..
kalau sakit2 tu, biasalah.. jatuh tembok ke.. jatuh lumpur ke..
redah hujan lebat dengan kawan2.. bahu terkehel..
luka2.. muka burn.. kenalah tahan! 

botakkan rambut..

basuh tray and mug sendiri..

makan dengan kawan2 ikut company

dorm mesti kemas!

katil mesti tegang!!

kasut mesti teratur! bawah katil bersih!

Zee rapat dengan calie and yunice!

after chinese new year nih, life sebagai wira wirawati negara
akan semakin mencabar.. cabaran hidup yang sebenar 
akan bermula.. 4 company akan berentap untuk mendapat
gelaran juara! hehehe.. yang pasti, Zee aktif kembali!
Zee dapat rasakan diri Zee yang sebenar kian mengganas!
cewahhh... hahaha!! ok laa!! da tak ada apa2 nak diberitahu..
kalau nak cerita semua sekali, sampai esok, esok, dan esok 
pun tak habis2.. hehe..

BYE-BYE