PERHATIAN! PENGGUNAAN BAHASA DALAM BLOG INI TIDAK SESUAI DIGUNA PAKAI DALAM KARANGAN BAHASA. HARAP MAKLUM. FOR NON-MALAYSIAN, I'M SO SORRY. THIS BLOG CURRENTLY IN MALAY. -penulis blog-

Thursday, May 19, 2011

Wanita Cantik Selalu Curang

tajuk entri diambil dari sini.. hehehehe


conversation selama 3 jam memang tidak mencukupi untuk aku menyelami
hati seorang lelaki yang telah dirobek kasar oleh wanita yang dicintainya.
aku tidak terkejut dengan perkhabaran yang disampaikannya kerana aku
mengenali hati budi wanita yang telah meninggalkan parut kekal dihatinya itu.



sungguh aku benci orang yang curang! siapa yang suka? memang tak
ada. malahan, orang yang berlaku curang itu sendiri pun tidak sanggup
dicurangi. dalam kelam malam, dengan kesihatan aku sendiri yang tidak
mengizinkan, aku tetap bertahan. aku ketepikan masalah kesihatan aku
demi lelaki itu. bukan aku sukakan dia. tapi dia sahabat aku. 





kau jangan risau. suatu hari nanti akan datang seseorang yang akan
mengubati luka di hati kau. kalau pun bukan sekarang, mungkin ketika
kau menganjak ke alam dewasa. bersabarlah kawanku. aku, kawan 
kau yang akan sentiasa ada untuk mendengar luahan hati kau. tapi
aku tidak sempurna dan aku tidak kekal untuk selama-lamanya.
 hanya Dia yang kekal selama-lamanya. Allah sentiasa ada sebagai kekasih 
yang paling setia. walaupun kau pernah melupakanNya, tapi Dia tetap 
sayangkan kau. Dialah cinta sebenar yang kau perlu miliki sebelum kau 
melangkah jauh dalam dunia percintaan manusia dan jangan kau tersilap 
langkah lagi. jangan kau lihat pada paras rupa seseorang. tapi kau selami
keikhlasan hatinya.

maafkan aku kerana tidak mampu untuk membantu kau..
tapi aku akan sentiasa ada untuk kau selagi aku masih bernafas
di muka bumi pinjaman Tuhan ini.. sebab aku kawan kau..




  p/s : aku tak berniat nak menyalahkan mereka yang sejenis dengan
aku.. ini sekadar perkongsian pendapat.. maaf ye yang terasa.. 
lelaki pun sama je.. tapi entri kali nih berdasarkan luahan hati
seorang lelaki..
btw, penggunaan AKU nampak lebih sesuai kan?? ^_^


PEACE!

KAWAN KAWAN YANG DIPROMOTE BLOGNYA KALI NIH:



Wednesday, May 18, 2011

Tutup Laa Weh.. Bukan Balut..

hai kawankawan! sebelum Zee mulakan entri nih, nak
bagitahu awalawal laa.. lagilagi yang tak suka entri pasal
agama nih.. so, sendiri mau ingat laa.. tak suka, blah.. baca
entri lain okeh.. hahahaha!!

coretan kali nih khas untuk kaum hawa yang mengaku dirinya
Islam.. ye.. ISLAM! harapharap, dengan apa yang Zee copy
paste + taip sikit nih.. korang boleh fikirkan balik.. kalau tak puas
hati, ada sebarang bantahan, ada hujah yang lebih kukuh, just let
me know okeh..


MENUTUP AURAT
BUKAN
MEMBALUT AURAT
 

kita semua pun sedia maklum.. pemakaian wanita dalam Islam
 hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan 
susuk tubuh badan. korang fahamkan apa yang nak disampaikan
nih?? 

Zee akui.. Zee pun 2x5 je.. tapi after baca entri
Menutup aurat bukan membalut aurat coretan sjiehan
Zee tersedar dari terus leka dan dijadikan bahan gelak 
syaitan.. memang pada mulanya memakai inner macam
gambar di atas (kanan) Zee anggap da menutup aurat.. walhal
hakikatnya, Zee bukan menutup aurat sebaliknya membalut
aurat.. berbezakan dua benda tu? so, fikirfikirkan balik..

entri yang best mengenai isu nih :

PEACE!

KAWAN KAWAN YANG DIPROMOTE BLOGNYA KALI NIH:

kalau nak blog korang dipromote jugak, bagitau laa ye.. 

I Hate MCU!!

Asalkan masuk manamana hostel, dapat tawaran belajar, dapat PLKN ke..
mesti nak kena buat MCU! grrr...!! sungguh tak gemar! lagilagi nak kena
x-ray.. OMG!

Hari nih memang bermasalah.. aku laa punca masalahnya! sebabnya aku
yang nak kena MCU.. awalawal pagi lagi da gerak pergi klinik kesihatan
seri kembangan.. yang bestnya, appointment untuk MCU full sampai
24 Mei nih! pehh.. tak memasal nak kena pergi klinik kesihatan UPM..
adoyyy.. terbang laa duit buat dekat sana..

Nak pergi UPM, motor pulak buat hal.. apa kes pulak laa tak boleh nak
start.. adoyyy.. memang menduga kesabaran seorang wanita! =..=
lastlast, abang datang ambil.. byebye laa kau motor.. bermalam laa kau
dekat klinik nih.. hahaha!!

Time buat MCU dekat klinik UPM, jumpa pulak kawan lama, mira..
hahaha!! tak banyak berubah. maintain cun! nasib aku tak fall in love..
hahaha!! akhirnya detik cemas yang aku nantikan datang menjenguk
aku.. ohh x-ray..

Gilaa best laa x-ray.. korang pun pahampaham laa buat benda nih tak
boleh nak pakai baju dan anakanaknya.. lagilagi kaum hawa..
yang aku tak puas hati, tak boleh pakai tudung.. alamak aii.. da laa
yang jaga tu abang hensem! segan laa aku.. lepas tu boleh pulak dia
pegang tangan aku.. OMG!! dupdapdupdap jantung aku.. kalau laa
abang tu boleh nampak jantung aku buat bentuk love.. hahaha..

"abang ohh abang.. abang da tengok aurat saya.. abang da sentuh 
mesra tangan saya.. oleh itu, abang mesti kahwin dengan saya!"


hahaha.. kalau laa aku berani cakap.. nasib laa hensem.. kalau muka
macam orang utan, memang aku lempang sedas dekat muka dia.. berat
aku pulak.. bertambah.. adoyyy.. padah menternak lemak dekat rumah..
tapi tu normal laa.. yang peliknya, tinggi aku boleh pulak berkurang..
dulu pergi PLKN, lain.. sekarang lain.. da turun 2cm.. adakah PLKN
punca aku memendek? =..='' Alhamdulillah, MCU tak lama.. 1jam je..

Lepas tu, shopping laa.. hahaha!! pelik laa.. kadangkadang aku terfikir..
kenapa kalau nak masuk asrama, nak pergi U ke.. nak pergi PLKN
ke.. mesti nak kena shopping.. itu aku laa.. kalau korang tak, jangan
banned aku.. lagilagi Zuhri dengan Zombie Caribbean.. asyik nak banned
aku je.. yang bestnya, aku boleh sesat masuk tempat snuker.. nih
garagara leka main mesej dengan Afan comel.. hisshhh.. bahaya betul
laa mesej masa berjalan..

Dalam sejam jugak laa shopping.. lepas tu pergi snap gambar pulak..
gambar berukuran passport.. memang cun laa muka aku kan.. dengan
tudung senget sikit, muka masam, hujung tudung terlipat.. dushhh.. aku
da laa tak biasa pakai tudung.. selebet je.. (kebiasaannya aku pakai
shawl laa..)

Apaapa pun, sekarang aku nak melantak coklat vochelle sorangsorang..
ibu beli masa shopping tadi.. nasib ada coklat untuk buat aku happy..
kalau korang nak, datang rumah aku.. hahahaha!!

nih semua aku punya.. hahahahaha!!

nih laa pusat snuker nya.. fuhhh.. pelik je workers dekat situ tengok
aku..

hahaha.. gambar passport aku dengan memakai tudung..

ohh.. nih gambar depan toilet dekat klinik after buat test
tuttt.... depan toilet okeh.. bukan dalam toilet..

jumlah duit terbang untuk Medical Check Up (MCU) :  RM63.00
jumlah duit melayang untuk shopping : RM200++
(termasuk barangbarang abang and ibu)
jumlah duit dikeluarkan untuk gambar passport : RM23.00

p/s: maaf ye guna AKU.. saja je.. hehehehe

PEACE!

KAWAN KAWAN YANG DIPROMOTE BLOGNYA KALI NIH:


Tuesday, May 17, 2011

Ahh.. Sakit Gilaaa!!

hello kawankawan! huhhh.. baru sekarang boleh menari jari nih 
dekat aksara laptop.. mana taknya.. pehhh.. sakit gilaa jari 
jemariku! nih semua garagara sessi belajar main gitar dengan 
adik Zee, Aeman! huhuhu.. main gitar..~~~

start belajar dengan Aeman, masa awal tahun 2010.. tapi
just sukasuka je..

memang awesome kan kalau tengok orang main gitar??
hahaha!! kalau tak, ignore je.. saya suka! awak tak suka,
awak boleh blah..

 Fahmi try main gitar guna getah dekat pembaris..
hahahaha..
waa... apa nih.. tak faham.. =.=''

aduhh.. sakit ohh jari.. 

okeh.. cuba main sendiri.. ^_^


video
okeh.. jari Zee memang keras.. hahaha
video
2 video dekat atas nih, Aeman ajar chord C.. thanks..
hahaha!! tak suka betul buat chord C.. serius sakit gilakkk
ahh jari nih! buat E minor pun da macam apa je.. =.=''

"mulamula main memang laa sakit jari nih.. lepas tu bengkak..
da lama okeh laa.. hujung jari nih nanti jadi keras.."
selamba badak aeman cakap sambil tekantekan jari Zee..
penderaan terhadap seorang kakak.. =.=''

"pehh.. bengkak jari?? hujung jari jadi keras?? habis laa.. 
I nak jadi ladies laa U.. muahaha!!"
nih Zee bermonolog dalaman okeh.. 
 
lepas nih da masuk U, tak ada laa nak buat benda nih lagi..
tengok orang main je laa.. 

 thank you budak baik..
jurugambar memang profesional : aeman garang..
video dirakam oleh : fahmi gendut..

p/s: main sukasuka je.. tak ada niat nak buat band ke apa ke.. hahaha!!
agaknya kalau da pandai main, Sungha Jung akan pilih Zee jadi wife dia
tak?? hahahaha!! ;D 

PEACE!

KAWAN KAWAN YANG DIPROMOTE BLOGNYA KALI NIH:

Monday, May 16, 2011

16 Mei! Selamat Hari Guru!!

hello kawan kawan! semoga semua sihat macam Zee!
hahaha! okeh, for sure semua da tahu, hari nih hari guru..
korang da wish cikgu cikgu korang ke belum??!! kalau belum,
cepat wish! masih ada kesempatan! cepat, sebelum terlambat!
first come first serve..!! hahaha! macam nak jual cikgu pulak..
okeh! entri kali nih pun tak ada apa apa sangat.. cuma Zee rasa
excited pulak sebab Zee on the way nak jadi cikgu! muahahaha!!
(macam layak laa pulak..)

buat masa nih, masih belum dapat pastikan nak jadi
cikgu apa.. sebabnya ada dua pilihan.. 21 Mei nih penentu
segalanya! kalau dapat tawaran perguruan, Zee akan pergi
and tinggalkan seni lukis.. (sob sob sob.. :'-( )

kiranya sekarang, sama ada Zee akan jadi cikgu yang
mengajar
    
ataupun..

cikgu yang mengajar

ohh whoa! testing kejap..
  (sambil try buat depan laptop)
hehehehe.. macam best laa pulak..

okeh.. itu je untuk entri kali nih.. sorry laa semakkan followers
punya reading list.. hahaha!! 
apa apa pun, Zee nak wish untuk semua cikgu Zee and
cikgu cikgu satu Malaysia!
 lagi 5 tahun dari sekarang, my students akan wish dekat Zee pulak..
Insya'Allah.. hehehe ^_^

PEACE!
KAWAN KAWAN YANG DIPROMOTE BLOGNYA KALI NIH:

Saturday, May 14, 2011

Unexpected

"cik drakula.. anda dimana?"

satu mesej yang menjadi permulaan kepada segala dugaan dan
unexpected things hari nih! cerita si sege dirompak semalam betul betul 
buat lutut aku menggeletar! takut ohh kena rompak.. itu baru lelaki yang 
kena rompak.. kalau aku si kaum hawa nih?? mahunya kena tebuk sekali!  
(sendiri mau ingat laa weh) so, alang alang si zombie da mesej.. aku pun 
ambil laa peluang yang tak berapa keemasan nih.. mintak jasa baik dia 
tunggu aku.. hahaha!! boleh laa jalan sekali pergi KLCC.. aku nih 
pun tak tahu sangat jalan nak ke KLCC.. almaklumlah.. katak bawah 
bumbung macam aku nih mana laa selalu berpeleseran dekat bandar 
metropolitan macam KL tu..

dugaan pertama aku bila si zombie nih main main dengan aku.. serius aku da
cuak! semangat je mesej kata ada dekat belakang aku laa.. tengah buat
senyuman manis laa.. hahahaha!! aku takut dia silap orang je.. nanti muka
dia yang tebal.. hahaha!! last last jumpa jugak.. ingatkan nak terus pergi
KLCC.. tapi dia ajak pergi Bukit Bintang dulu.. alasan dia, nak pergi ambil
blazer daripada Pa'an dekat tempat kerja Pa'an..

okeh.. dugaan kedua datang tanpa memberi salam.. da elok elok sampai
Lot 10, Pa'an tak masuk kerja lagi.. cesss.. lepas tu, si zombie nih bawak
pulak aku ke hulu ke hilir dekat Bukit Bintang tu.. paling aku benci, nak
kena cross jalan.. kalau dengan Nailah boleh laa jugak nak pegang tangan..
tapi dengan si zombie nih?? =.='' (Ya Allah.. selamatkan laa aku..)

lepas tu, nak pergi KLCC pulak.. ohh dugaan yang ketiga..
si zombie punya laa baik hati pergi KLCC jalan kaki.. gilaa.. 
aku pun ikut laa.. memang penat.. da laa penat! muka
pulak free free je kena tempek debu 'suci' KL! perut pun kenyang telan
asap kereta.. pehhh.. nikmat gilaaakkkk!!! kira kira dalam 2 jam jugak laa
jalan kaki ke sana sini.. nasib aku nih keluaran PLKN.. da terbiasa dengan
situasi genting macam nih!! hahahaha!! tapi rasa rasanya aku berlari lari
anak.. semuanya sebab si zombie yang berkaki panjang + jalan laju!
pehh.. mencurah curah peluh aku ke ladang gandum.. boleh kalahkan
kelazatan coco crunch! =.='' da laa paksa aku jadi model untuk gambar
gambar dia.. nasib kau laa aku buat muka hodoh aku.. hahahaha!!

da sampai dekat KLCC.. pehhh.. nikmat air cond weh.. rasa macam
baru datang dari negara beriklim panas! tapi nikmat tu terasa bagai
diragut gara gara dapat berita 'baik' yang afan dengan nailah baru nak 
gerak.. cesss.. terpaksa laa aku menghadap ariel peterpan celup nih lagi..
bosan gilakkk!! da laa pekak! aku cakap, mesti dia kata, "haa??"
gilaaa.. malas aku nak ulang.. paling tak boleh blah, masa dekat Lot 10,
kantoi pulak baju kitorang brand sama.. cehhh.. sibuk seyh nak ikut
aku.. =.=''

dugaan keempat.. dalam wayang.. kurang garam betul afan nih.. malas
aku nak cerita.. biar kitorang berempat je yang tahu.. yang pasti, masa
tengok Fast 5 tu, bila sampai part aweks seksi meksi, si zombie dengan
afan langsung tak berkelip mata.. si zombie pulak, aku dengar dia tergelak
gelak.. gilaaa.. suka laa tu..

hahahaha!! itu je laa kot.. yang pasti, memang berduyun duyun dugaan 
datang tanpa diundang.. semua yang berlaku hari nih, memang 
UNEXPECTED! cesss.. biar laa.. aku pun sangat sangat letih sekarang! 
wajar laa untuk aku berhenti membebel di dunia blogging nih.. nanti ada
pulak yang asyik kata aku nih depan depan diam.. di alam maya pot pet
pot pet.. (kalau jeles, cakap je laa..)

kepada encik zombie @ nizam : thanks buat aku letih sebelum sampai
KLCC.. and thanks tanggung kos perjalanan ke Bukit Bintang..
thanks jugak sebab apa apa je laa yang aku tak cakap terima kasih..

kepada nailah : thanks sebab buat aku tunggu sampai gugur misai aku..
thanks jugak jalan jalan dengan aku masa afan dengan nizam hilang..
and aku akan pakai baju tu dekat UiTM nanti.. Insya'Allah ^_^
terima kasih for everything!

kepada afan : thanks tanpa sebab.. hahaha!! cehhh.. tak ada laa.. thanks
sebab jaga nailah.. and thanks untuk semua yang aku tak cakap terima
kasih lagi..    

entri yang lebih detail : BB, Sungei Wang, Lot 10, Pavilion, KLCC!

p/s: sorry laa guna AKU.. macam best pulak.. hahaha!! gambar aku hari nih,
yang nizam snap semua tak lawa! budak nih memang tak boleh diharap..
=.=''
 
PEACE! 

KAWAN KAWAN YANG DIPROMOTE BLOGNYA KALI NIH: 
Nurul Wardah 
Myra Sabri 
Arif Azhar 
Nabilah Huda 
 

Kerana Hampir Serupa

Pada suatu hari, seorang gadis gemukpendek keluar untuk
membeli-belah di pasar raya.. walaupun dia sedar jarum jam 
bergerak perlahan menuju ke angka 10, tapi dia tetap memberanikan
diri untuk pergi ke pasar raya tersebut..  maka satu pengembaraan
pun bermula..

"ayah, nak duit nak pergi beli barang.."

"nak berapa?"
(ayahnya bertanya sambil tangan membuka dompet comel miliknya..)

"nah.. 50 cukup tak?"
(huluran not 50 itu disambut mesra oleh gadis gemukpendek tersebut)

"cukup laa kot.. ayah nak tambah lagi ke?"
(perkataan kot itu sudah cukup menggambarkan sesungguhnya 50
tidak mencukupi!!)

mendengarkan anaknya berkata sedemikian, maka si ayah pun mengeluarkan
lagi satu wang kertasnya berwarna biru.. si gadis gemukpendek pun
menyambut huluran tersebut lalu...

"hahahahahaha!!"
(entah virus apa yang menyerang si gadis gemukpendek.. tiba tiba je
gelak sampai meleleh air mata)

si ayah kebingungan lantas dia memandang tepat ke arah helaian
not berwarna biru itu.. tanpa disogok, si ayah tersenyum malu..

baru laa si ayah sedar.. rupa rupanya not berwarna biru yang disangkanya
RM50, adalah RM1.. 



kemudian tersipu sipu si ayah mengeluarkan wang kertas RM50
dan mengambil semula wang kertas RM1.. 

~THE END~

the moral of the story : berhati hati laa semasa mengeluarkan duit untuk
diserahkan kepada siapa siapa pun.. dan lagi satu, kan bagus kalau pihak 
kerajaan Malaysia membezakan setiap wang kertas dengan warna yang 
berlainan.. buat laa warna PINK ke.. warna PURPLE ke.. warna 
KELABU TAHI ANJING ke..

PEACE!

KAWAN KAWAN YANG DIPROMOTE BLOGNYA KALI NIH: