PERHATIAN! PENGGUNAAN BAHASA DALAM BLOG INI TIDAK SESUAI DIGUNA PAKAI DALAM KARANGAN BAHASA. HARAP MAKLUM. FOR NON-MALAYSIAN, I'M SO SORRY. THIS BLOG CURRENTLY IN MALAY. -penulis blog-

Monday, December 15, 2014

Warisan Bengkulu dan Pantang Larangnya di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Post kali khas untuk rujukan berkenaan warisan Bengkulu
yang tidak dipraktikkan di Malaysia atas sebab-sebab tertentu.



FESTIVAL TABOT
Festival Tabot adalah sebuah upacara adat tradisional di Bengkulu 
yang selalu diadakan setiap tahun sebagai tanda awal tahun 
baru Islam iaitu setiap tanggal 1 hingga 10 Muharam. 

Mengapakah perayaan ini tidak disambut di Malaysia?
Di sini Zee akan ceritakan serba sedikit sejarah bermulanya
sambutan perayaan ini dan kenapa ia diraikan.

Festival Tabot dirayakan untuk mengenang jasa para pemimpin 
Syi'ah dan kaumnya dalam mengumpulkan bahagian-bahagian 
daripada jenazah Husin atau Syahid Agung Husin bin Ali bin 
Abi Thalib iaitu cucu Rasulullah SAW daripada puteri beliau 
Fatimah Az-Zahra binti Muhammad. Beliau gugur dalam perang 
tak seimbang antara pejuang yang beliau pimpin seramai 40 orang 
dengan pejuang-pejuang Abu Ubaidillah bin Zaid yang berjumlah 
ribuan orang di suatu tempat yang bernama Padang Karbala 
di wilayah Iraq. Peristiwa tragedi dalam sejarah Islam ini terjadi pada 
awal bulan Muharram tahun 61 Hijrah (681 M) yang terkenal 
dengan nama "Perang Karbala".

Festival ini berasal daripada upacara berkabung kaum Syi'ah, 
dibawa ke Bengkulu oleh para tukang yang membina benteng 
Marlborough dari negeri mereka iaitu Madras-Benggali dari selatan 
India. Upacara ini selanjutnya diwariskan mereka kepada anak cucu 
mereka yang kemudian ada diantaranya yang berasimilasi dengan 
orang Bengkulu. Oleh sebab upacara ini telah berlangsung cukup lama 
(sekitar dua abad) maka dianggap sebagai upacara tradisional orang 
Bengkulu dan telah menjadi milik mereka baik dari kalangan kaum 
sipai (Keluarga Tabot) ataupun seluruh masyarakat melayu Bengkulu.

Baiklah, sebaik sahaja anda baca serba sedikit sejarahnya,
anda sendiri sudah pasti dapat detect kenapa perayaan ini
tidak disambut di Malaysia. Terang-terangan is bercanggah
dengan kepercayaan kita dan dikhuatiri boleh memesongkan 
akidah umat Islam.





BATIK BENGKULU/BESUREK
Batik besurek tidak salah untuk digayakan tetapi perlu
berhati-hati dalam pemakaiannya kerana dikhuatiri kita
meletakkan kalimah suci Al-Quran di bawah malah dibuat
duduk mahupun dipijak.

Ciri khas dari kain batik Bengkulu yakni daripada bentuk motifnya 
lebih dominan ke arah huruf arab (kaligrafi) dan bunga Raflesia 
Arnoldi, inilah yang dinamakan "Batik Besurek" yang bererti 
bersurat atau kain bertulis atau bermotif tulisan. Menurut sejarah, 
kain Bengkulu ini merupakan perpaduan daripada motif kaligrafi 
daerah Jambi dan Cirebon yang kemudiannya diadaptasi menjadi 
kain khas Bengkulu. Terdapat beberapa motif dari kain besurek. 
Salah satunya yang hanya bertuliskan huruf arab saja dan kain ini 
hanya digunakan untuk hal tertentu dan tidak boleh digunakan 
sebarangan seperti upacara adat. Tetapi untuk batik moden 
biasanya kaligrafinya tidak memiliki makna/erti. Ada pula yang 
bermotifkan burung walet kerana di Bengkulu Selatan merupakan 
salah satu pusat produksi walet. Motif batik Bengkulu juga 
dipadukan dengan ornamen-ornamen lain. Antaranya, Motif Burung 
Kuau (Burung yang disusun dari rangkaian huruf kaligrafi), motif 
Relung Paku (meliuk-liuk seperti tanaman Relung Paku yang 
biasa ditemui di Bengkulu) dan sebagainya.

Pembawaan batik in tidak dilarang sama sekali di Malaysia
tetapi penggunaanya mesti diberi penelitian yang
maksima kerana faktor motifnya yang berasaskan kaligrafi.





Kurangnya penelitian terhadap motif kaligrafi yang digunakan
mengakibatkan masyarakat sekeliling terutamanya yang bukan
Islam memandang enteng terhadap kesucian agama Islam.
Oleh sebab itu, menjadi satu larangan terhadap penggunaan
batik besurek secara suka hati sekiranya batik itu bermotifkan
kaligrafi yang diambil daripada ayat-ayat suci al-Quran
dan nama-nama Allah.











Saturday, November 8, 2014

Karya Semester 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama menyepi rasanya kali ni sesuai la
kot kalau Zee nak share sikit hasil karya Zee..
Tapi yang nak dishare ni semuanya hasil karya semester 3..

Karya yang baru takde la pulak gambarny dalam laptop ni..
so, mungkin next time? :)




Yang atas ni semua proses masa buat final drawing.. 





Yang tiga atas ni pulak final sculpture.. Buat soft sculpture..
Subjek yang digunakan dah tentu laa bibir :)




Hah.. tiag atas ni pulak progress untuk final painting!!


Itu je la nak share untuk post kali ni.. :D