PERHATIAN! PENGGUNAAN BAHASA DALAM BLOG INI TIDAK SESUAI DIGUNA PAKAI DALAM KARANGAN BAHASA. HARAP MAKLUM. FOR NON-MALAYSIAN, I'M SO SORRY. THIS BLOG CURRENTLY IN MALAY. -penulis blog-

Wednesday, April 4, 2012

Kenapa Lagu Bawa Aku Pergi Je??

Assalamualaikum.

entri kali nih bukanlah bermaksud aku nak banned mana mana penyanyi,
penulis lirik, pemuzik or what so ever.. aku just nak bagi pendapat sebagai
salah seorang rakyat Malaysia.. hak aku untuk bersuara sebagai 
warganegara Malaysia.. hehe :D

hari tu, aku balik je dari U, aku dapat tahu pasal satu lagu nih.. Zizan dengan
Kaka yang nyanyi.. seriously aku tak ambil peduli pun lagi lagi aku tak kenal
siapa penyanyinya tu.. I mean.. Kaka (maaf kak.. =.=)  aku tau pun after
ibu aku kecoh kecoh cakap pasal lagu nih bawa pengaruh tak baik.. lepas tu,
ada pulak keluar dekat surat khabar pasal lagu nih.. aku baca je laa sebagai
pengetahuan am.. hehe tak lama lepas tu, aku dapat tahu lagu BAWA AKU 
PERGI kena banned daripada disiarkan di mana mana radio di Malaysia.. 
kalau tak silap aku laa..

aku dapat idea nak buat post nih pun after berborak dengan abang aku
on the way kitorang balik dari Alamanda and masa tu lagu cinta muka buku
berkumandang dekat radio dalam kereta.. time tu laa kitorang mula bagi
pendapat masing masing..

haaa... nih yang aku nak utarakan.. tadi tu mukaddimah je.. hehe :P
bagi aku sebagai remaja di muka bumi Malaysia nih.. banyak lagi lagu yang
tak patut diperdengarkan kepada kanak kanak dan remaja.. kiranya bagi
pengaruh buruk laa.. banyak contoh lagu lagunya tapi aku bagi contoh lagu
kegemaran ramai laa ehh..
CINTA MUKA BUKU. :) (seriously aku pun suka lagu nih)

korang perasan tak lagu nih mengisahkan tentang apa?

kalau tak silap aku laa kan.. lagu nih cerita pasal cik adik nih berkenalan
dengan cik abang dekat laman muka buku.. lepas tu cik abang ajak keluar..
cik adik pun keluar laa.. pehhh.. tak ke nih mengajar gadis gadis di luar
sana untuk senang senang je terima pelawaan seorang lelaki yang tak
pernah dia jumpa, kenal dekat laman muka buku je untuk keluar jumpa..???
hmmm.. :)
lepas tu, ada barisan lirik nih pulak :

Harus pejam mata dan cuba apa saja

mana boleh buat macam nih..  setiap tindakan kita kena fikir dengan waras..
kan ada pepatah "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".
"beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis" haha.. ada laa kaitan jugak..
so, mana boleh suka suka hati je nak pejam mata lepas tu main buat je.. :)
setiap tindakan kita ada pengaruh dalam kehidupan kita.. kalau bukan untuk
jangka masa panjang, maybe untuk jangka masa pendek..

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


hmm.. kalau sebelum nih aku ada terbaca satu entri blogger yang
bangkitkan isu nih..
klik sini
sini pun boleh
katanya pesongkan akidah.. meletakkan cinta yang
satu tu bukan pada Allah.. tapi kemudiannya dibalas semula oleh penyanyi
lagu nih yang mengatakan "itulah cinta yang satu" tu
nak dikatakan untuk cinta sesama manusia, takde kaitan dengan
pesongkan akidah.. macam mana pulak kalau aku kata cik adik nih
mengutamakan cintanya kepada kekasih hati yang baru je jumpa
berbanding ibu bapa??? :D

rasanya isu lari dari rumah nih ada je kot dalam drama or
movie.. tapi boleh pulak dipertontonkan kat anak anak.. bagi aku laa
kan.. bukan sekadar lagu je yang kena banned kalau nak
jaga sangat anak anak muda zaman dunia di hujung jari nih..
drama, movie, and apa apa je laa yang tak elok dipertontonkan pun
patut dibanned.. baru laa fair.. kan??? ^___^



PEACE!

p/s: maaf andai ada terkasar bahasa, ada yang terasa..
 jangan banned aku pulak.. nih sekadar pendapat aku, hak
bersuara sebagai rakyat Malaysia. :)

Kaka cun :D





4 comments:

  1. haah! agree sgt2!
    cite m'sia skang byk je tk elok tp still
    tunjuk kt tv. cite kt club la. disko la. ..

    ReplyDelete
  2. ya..why not mereka cube buat lagu lain daripada lagu cinta....

    ReplyDelete
  3. we never know what's on the writer's mind. only she/he can explained. maybe they lied about the real meaning well maybe it is true afterall. I never write a lyric so i cant really say anything on the issue . :)

    ReplyDelete
  4. Yo kaw cari pasal ngn fan najwa latiff ,dorang attack blog kaw kang. No doubt lagu dye mmg sedap haha pnulis lirik bwh umur kan so no wonder dye tulis merapu cmtu.....ltrlampau bnyak lagu2 now menyalah tafsir cinta sebenar. Tak salah dengar asalkan tau ape yg benar :-)

    ReplyDelete