"aku benci dowh tengok muka kau!"
"sumpah sampai mati pun aku takkan maafkan kau"
"tak payah kau mintak maaf kat aku. aku takkan maafkan"
Assalamualaikum.
Post kali nih aku buatkan khas sempena bulan Ramadhan yang penuh
BA, RA, KAF, TA ..
KEMAAFAN.. bukan untuk diberikan masa raya
je laa.. bila bila masa pun boleh.. Pernah tak korang terfikir untuk terus
memaafkan seseorang sebaik sahaja hati korang rasa lega (cool down)
bila marah atau sakit hati dengan seseorang? Cuba laa.. Aku selalu buat
macam nih.. Memaafkan seseorang atau keadaan membuatkan aku dapat
menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia.
Ada tu aku tengok bila dia marah, suka simpan lama-lama dalam hati. KEMAAFAN.. bukan untuk diberikan masa raya
je laa.. bila bila masa pun boleh.. Pernah tak korang terfikir untuk terus
memaafkan seseorang sebaik sahaja hati korang rasa lega (cool down)
bila marah atau sakit hati dengan seseorang? Cuba laa.. Aku selalu buat
macam nih.. Memaafkan seseorang atau keadaan membuatkan aku dapat
menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia.
Lepas tu nak pandang orang yang dimarahi tu atau tempat kejadian
yang buat dia marah pun tak nak.. Ishh.. lebih teruk lagi bila dengar
nama pun tak mahu.. bukan ke bila buat macam tu akan
menyebabkan hati korang lambat sembuh dan jiwa korang jadi sakit?
Tak perlulah saling menghambur hinaan.. membalas kutukan..
berpaling muka sesama saudara seislam.. tidak perlu membalas
kemarahan dengan saling mengutuk di blog. OH MY GOD...~~~~
korang tak rasa ke apa yang korang buat nih macam budak budak??
face to face laa.. settlekan dengan cara baik..
Tidak memberi kemaafan sememangnya dendam terindah buat
mereka yang melakukan kesilapan.. tapi kita hidup di muka bumi
nih kena selalu ingat.. tak ada manusia yang sempurna dan maksum
sehinggakan tak ada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap
saudaranya melainkan Nabi Muhammad SAW..
Mulakan laa kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memaafkan
kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.
Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan
susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan
orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan
(ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat
perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)
Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.
Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)
“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi
mencuci hati dan mencerdaskan minda”
p/s: post nih aku tak tujukan kat siapa siapa.. aku sendiri
pun buat salah.. aku nih bukannya baik mana pun..
so, tak salah kita bermuhasabah diri..
sambil sambil aku buat post nih, tersedar jugak aku
dengan kesilapan yang pernah aku lakukan..
AKU MINTAK MAAF DEKAT SIAPA SIAPA JE YANG
AKU PERNAH BUAT SALAH OR SAKITKAN HATI KORANG.
KAWAN KAWAN YANG DIPROMOTE BLOGNYA KALI NIH
like3!! haha
ReplyDeleteazeema mmg byk bwat salah kat kt.. x pe2 sbb kt baek, kt maafkan laa eh n_n haha..btw, minx maaf jugok eh kalau kt ade bwat ape2 kat azeema taw3~~~
saaayang azeema kerana Allah [teringat kat PLKN.. kt org first ckp camni kat azeema kan? untuglaa]
@Anonymous: a'fifah.. anonymous konon.. hehehe..
ReplyDeletebtol tu.
ReplyDeletekemaafan bkn utk hri rye je.
klu bleh setiap mse.
good post!
sumtimes menjengkelkan bile orang
ReplyDeletemengunakan kemaafan sebagai permainan drama dorang.~_~