tajuk entri diambil dari sini.. hehehehe
conversation selama 3 jam memang tidak mencukupi untuk aku menyelami
hati seorang lelaki yang telah dirobek kasar oleh wanita yang dicintainya.
aku tidak terkejut dengan perkhabaran yang disampaikannya kerana aku
mengenali hati budi wanita yang telah meninggalkan parut kekal dihatinya itu.
sungguh aku benci orang yang curang! siapa yang suka? memang tak
ada. malahan, orang yang berlaku curang itu sendiri pun tidak sanggup
dicurangi. dalam kelam malam, dengan kesihatan aku sendiri yang tidak
mengizinkan, aku tetap bertahan. aku ketepikan masalah kesihatan aku
demi lelaki itu. bukan aku sukakan dia. tapi dia sahabat aku.
kau jangan risau. suatu hari nanti akan datang seseorang yang akan
mengubati luka di hati kau. kalau pun bukan sekarang, mungkin ketika
kau menganjak ke alam dewasa. bersabarlah kawanku. aku, kawan
kau yang akan sentiasa ada untuk mendengar luahan hati kau. tapi
aku tidak sempurna dan aku tidak kekal untuk selama-lamanya.
hanya Dia yang kekal selama-lamanya. Allah sentiasa ada sebagai kekasih
yang paling setia. walaupun kau pernah melupakanNya, tapi Dia tetap
sayangkan kau. Dialah cinta sebenar yang kau perlu miliki sebelum kau
melangkah jauh dalam dunia percintaan manusia dan jangan kau tersilap
langkah lagi. jangan kau lihat pada paras rupa seseorang. tapi kau selami
keikhlasan hatinya.
maafkan aku kerana tidak mampu untuk membantu kau..
tapi aku akan sentiasa ada untuk kau selagi aku masih bernafas
di muka bumi pinjaman Tuhan ini.. sebab aku kawan kau..
p/s : aku tak berniat nak menyalahkan mereka yang sejenis dengan
aku.. ini sekadar perkongsian pendapat.. maaf ye yang terasa..
lelaki pun sama je.. tapi entri kali nih berdasarkan luahan hati
seorang lelaki..
btw, penggunaan AKU nampak lebih sesuai kan?? ^_^
PEACE!
aku.. ini sekadar perkongsian pendapat.. maaf ye yang terasa..
lelaki pun sama je.. tapi entri kali nih berdasarkan luahan hati
seorang lelaki..
btw, penggunaan AKU nampak lebih sesuai kan?? ^_^
PEACE!
KAWAN KAWAN YANG DIPROMOTE BLOGNYA KALI NIH: