PERHATIAN! PENGGUNAAN BAHASA DALAM BLOG INI TIDAK SESUAI DIGUNA PAKAI DALAM KARANGAN BAHASA. HARAP MAKLUM. FOR NON-MALAYSIAN, I'M SO SORRY. THIS BLOG CURRENTLY IN MALAY. -penulis blog-

Wednesday, March 30, 2011

Hidup ada saja pilihan

"EVERY CHOICE AFFECTS A FUTURE"
Zee memang dalam dilema sekarang nih.. mana tak nya! 
SPM da habis.. nak lepak2 poket da kering.. duduk rumah bosan
tahap apa tah.. online FB, berBLOGging, BLOGwalking, 
ternak lemak, tanam anggur! (means menganggur ye kanak2)
nak continue study, lambat lagi.. so, tinggal nak kerja je laa.. 
dapat jugak duit poket.. hehehe..
TAPI!!
nih laa masalahnya sekarang! nak decide nak kerja apa!!!
(rileks laa woy.. jangan stres)
OMG! OMG! OMG!
tak suka betul bila kena buat pilihan..
sekarang nih, Zee ada dua pilihan.. (hek eleh..dua je pun..kecoh je!)
hmm... pagi tapi, dila call ajak kerja dengan dia dekat jusco taman
equine.. baru sahaja tadi, ila pulak call ajak kerja dekat cafe
bank negara.. alamak aii.. dua2 pun best! dua2 pun Zee senang
je nak pergi.. macam mana nih..

sekarang pun Zee tengah kerja tapi kerja yang tak tetap..
ajar budak lower form dengan tolong bungkus2..
itu pun kalau dipanggil untuk kerja laa.. kalau tak, tak ada apa2
nak buat+pocket money pun tak ada.. hmm.. tiada halangan daripada
parents untuk kerja apa pun.. kan bagus kalau Zee ada lesen..
tak payah susah2 nak fikir kerja dekat mana!! terus je
pergi kerja dekat company kawan ibu walaupun kerja as a clerk..
sebab gaji lumayan! RM1000.. tapi itu laa masalahnya.. tak ada
orang nak hantar and jemput Zee.. (mengada-ngada betul laa minah
nih!) adoyai.. +.+
 macam mana nih.. c'',)


hahhhh!!! tadi membebel pasal kerja.. sekarang pasal study pulak!!
nih lagi satu benda nak kena fikir after SPM nih.. nak pilih U..
nak decide course.. kena apply itu ini.. alamak aii..
Zee da sure akan ambil ARTS! tapi tidakku sangka arts banyak
lagi cabang dia.. adoyai.. 
adoyai.. takpe2.. yang pasti dalam upu, berderet-deret
bidang seni yang Zee pilih.. lantak laa dapat seni apa pun..
Insya'Allah Zee boleh bawa selagi ada title SENI! ^_^

okeh kawan2.. nak pilih course apa dekat u nanti fikir
betul2 ye.. takut nanti separuh jalan da berhenti.. hihihi
and ingat nih!!

sekian sahaja entri kali ini.. salah dan silap sorry ye..
PEACE!

Tuesday, March 29, 2011

10 jawapan untuk anda

before tu, Zee nak mencapub sikit ye..
hari nih merupakan ULANG TAHUN KELAHIRAN
ibu Zee kali ke-47
HAPPY  BIRTHDAY !


malam tadi ingatkan nak surprise kan ibu tapi nampaknya
tak jadi.. hahahaha!! (buat malu je..)

hmmm.. untuk post kali nih.. Zee akan menjawab 10 soalan
yang memang selalu orang tanya dekat Zee..
harap2 jawapan Zee nih membantu laa ye..
Zee just bagi jawapan sahaja tanpa soalan..
apa soalannya boleh fikir sendirikan??? :)




1. I'M SINGLE BUT NOT AVAILABLE
hahaha!! soalan nih paling famous! kenapa ehh??
alamak aii.. please laa don't label me as a girl yang
tukar2 lelaki.. tak pun "muka couple"..
adoyai..
"kau da 18 tahun weh..takkan nak single je.."
kalau Zee cakap ye macam mana??
18 tak bermakna yang Zee perlu/mesti bercouple..


2. YE.. ZEE LEBIH BERMINAT NAK TENGOK PEREMPUAN
DARIPADA LELAKI.. 
JALAN PUN NAK BERKEPIT DENGAN PEREMPUAN
alamak aii.. nih tak bermakna Zee les laa.. adoyai..
nak buat macam mana.. Zee tengok lelaki kosong je.. tak best!
berkepit dengan perempuan pun ada masalah ke??
better berkepit dengan perempuan daripada berkepit dengan 
jantan..oppsss..lelaki.. hehehe.. senang cerita.. jaga 
batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan laa..
ingat Tuhan okeh.. (YANG RASA2 BERAGAMA ISLAM!)


3. HIJAU FAVOURITE COLOUR LAA.. SEBAB TU SUKA
KATAK..
alamak aii.. cute kan?? hahaha!!
hey.. suka katak tak semestinya berani pegang katak!
ingat Zee nih NANA NARITA ke??
so, please laa don't force me untuk pegang katak ye..
and jangan bagi katak hidup dekat Zee!!!


4. GUITARIST MEMANG SENTIASA MENDAPAT PERHATIAN
ZEE..
OMG!! tak rasa ke guitarist nih nampak cool??
kalau tak ignore je laa..
TAPI!!!
ada Zee cakap my future husband must be a guitarist??


5. ZEE TAK MINAT KOREA LAA!!
gambar di atas hiasan semata-mata..
Zee minat jepun ye kawan2..
JEPUN! JEPUN! JEPUN!
korea & jepun lain laa woy!!


6. GAARA TU MY BOY FRIEND TO BE..
tak pernah tengok naruto memang tak tahu GAARA nih binatang
apa..
"gaara tu apa? macam raksasa je"
thank you zuhri..soalan yang sangat2 bagus! siap jawab sendiri..
"gaara yang mata hitam tu?? buruk laa!!"
thank you ella.. rupa tidak menjadi masalah untuk Zee..
"sasuke lagi hensem"
thank you........ siapa ehh?? (rata2 girls akan cakap macam nih)..
sasuke hensem?? di mata anda ye.. lain mata, lain citarasa..


7. ZEE BERJIWA SENI..(CEWAHHH..) SUKA GILER SENI!!
so, kenapa nak ambil bidang sains pulak??
"kau kan budak maktab rendah SAINS mara"
hahh?? apa kena mengenanya??
sekolah je pun.. tak bermakna nak kena ikut nama sekolah..
habis tu kalau sekolah ST. JOHN??
nak kena jadi doktor laa?? nak kena jadi ahli st. john malaysia??
kalau CONVENT BUKIT NENAS??
nak kena jadi apa pulak?? nenas?? nak kena buka ladang nenas??
adoyai.. 


8. ALAMAK AII.. DA DECIDE NAK AMBIL ARTS KENA PULAK
TANYA SOALAN NIH.. ZEE MEMANG TAK PANDAI MELUKIS..
WARNA PUN TAH PAPE..
adoyai tuan2 dan puan2 sekalian..
kalau tak reti nak melukis.. tak reti nak mewarna..
tak salah nak ambil arts.. boleh belajar kan..
(tapi ada saringan melukis!! fikir2 sendiri ye..)
Zee reti laa woy! tak payah laa tanya soalan pelik nih..


9. PLKN BEST LAA WOY! 
see.. diana danielle pun happy je..
kalau tak pernah pergi jangan buat conclusion pelik2..
tak best laa.. boring.. kena dera.. kawad 24 jam..
alamak aii.. mana korang dapat info nih??
kalau nak suruh Zee cerita boleh je.. tapi sampai esok punya
esok pun tak habis2..


10. YANG NIH KEDUA FAMOUS.. TAPI SAJA LETAK LAST..
NAK BUAT MACAM MANA KAWAN2.. DA MEMANG MUKA
SAYA MACAM NIH..
blur 24 jam
garang pun 24 jam
macam mana tu?? blur + garang = Zee
alamak aii.. mana laa Zee perasan.. takkan nak bawak cermin
24 hours semata-mata nak tengok muka and then otter muka
kalau nampak blur+garang.. 
sorry laa kawan.. nak buat macam mana..
dah ini yang DIA bagi untuk Zee.. takkan nak buat plastic surgery..


okeh.. da sampai di penghujung post untuk kali nih..
kalau still tak berpuas hati dengan jawapan yang diberi..
just let me know okeh.. mana2 yang terasa tu antara soalan
yang dia tanya, sorry laa ye.. lagipun bukan anda sahaja yang
bertanyakan soalan itu.. okeh, sorry ye kawan2.. PEACE!

Monday, March 28, 2011

Setelah 3 bulan pencen

rasa2 nya macam this month paling banyak
posts yang Zee buat.. maybe sebab bosan..
(memang pun!)
habis je PLKN, Zee rasa macam dull sangat life
nih.. tak ada kawan kiri kanan.. duduk dalam
bilik sorang2.. makan pun tak berteman..
petang2 tak keluar beriadah.. (ishh..
gaya macam mati laki laa pulak.. adoyai~)
hmm... paling tak pun
dekat plkn dulu boleh laa jugak jalan2 usha2
anak dara orang.. hahaha!!

okeh! topik kali nih tak ada kena mengena
dengan zaman pekerjaan yang mendatangkan
gaji bulanan.. (habis tu??)
hmm.. Zee nak bercerita pasal aktiviti Zee
setelah 3 minggu di"pecat" dari plkn :(
after solat zohor, tiba2 Zee terdetik nak pegang
berus lukisan Zee yang da lama Zee kurung dalam
bekas bancuh warna.. tapi, Zee tak terus buka box tu..
Zee keluarkan drawing block and try lukis satu gambar
nih.. Zee jumpa dekat rak buku dalam bilik..
hmm.. tak sangka da 3 bulan Zee pencen daripada
melukis.. terasa keras pulak jari nih nak melukis semula..
tengah2 melukis tu, teringat request Pak Cik Di
dengan Nik Emil yang nak satu hasil lukisan Zee..

da habis melukis, Zee pun bukak laa bekas warna
Zee.. OMG!!
da kering kontang warna2 dalam tu.. hahaha!!
nasib baik tak berkulat macam dulu..

hmm.. nasib baik laa artist punya brand berkualiti!
so, continue je laa.. bila Zee pegang berus warna,
tiba2 teringat dekat budak2 seni batch 2010..
memang the best laa!! batch kitorang
langsung tak ada yang dapat selain A+ and A..
congrats korang.. tak sangka usaha and pengorbanan
kita semua berbaloi.. teringat zaman stay up
sama2.. tidur dekat studio seni.. keluar pergi
makan steamboat.. kena marah2.. kena aim dengan
cikgu amin.. buat jahat malam2.. charge phone dekat 
studio.. bukak radio kuat2.. banyak lagi laa!!
seronokkan stay maktab seminggu :)
semuanya Zee rindu!! hehehehe... 
cikgu pulak da tau result senyum bukan main
lagi..!!! lebar sampai ke telinga!! hihihi
thank you cikgu noer & cikgu ain
thank you kawan2 yang banyak guide Zee..
especially faris, ema, tika, amal


faris: tukang kritik lukisan Zee.. nasib baik
kau kecik.. kalau tak memang aku tembak kau.
kepakaran: animasi/fantasi


ema: kita memang selalu pergi seni sama2..
duduk pun sebelah2.. lukisan je lain2.. da 
nak dekat exam nak buat kerja jahat tapi
tergendala pulak.. hahaha!! menyorok belakang
pokok pisang!
kepakaran: perspektif,kartun


tika: tidur satu bilik time SPM! banyak
supply warna untuk Zee..syok laa fly sama2
malam tu.. hahaha!!
kepakaran: perspektif


amal: homeroomku.. ingat tak kita sama2
plan nak ambil seni time f4?? hahaha!!
Zee masih ingat komik pelik yang amal buat tu..
pelik2 pun cikgu tampal kat studio!! jeles!
selalu kena buli dengan fikri & aceng..
kepakaran: tidak dapat dikenal pasti

ini dia encik berus dengan rakan-rakannya,
encik bekas air dan puan kain buruk.. hehehehe

barang2 seni yang pernah bekerja tanpa gaji dengan
Zee.. :)
thanks to them.. tanpa anda semua, Zee susah nak
dapat A+ seni.. :)

lukisan Zee tak habis diwarnakan.. stop kejap..
(asal?? tak elok laa kerja separuh jalan!)
rileks laa.. da azan asar.. tunaikan yang wajib
dulu.. maybe Zee continue buat malam nih, after
isyak.. 


ini laa bendanya yang Zee lukis! hahahaha!!
percaya tak?? jangan percaya okeh! main2 je..
Zee lukis yang dekat bawah nih..

kalau tak cantik, diam je.. ;)

baju seni hasil rekaan sendiri..

KANAK-KANAK RIANG SENI 2010
ZAFRI@ZAPH (PRESIDEN)
AIZAT NURUDDIN@AIZAT
FIKRI
IZZAT@ATUK
ASYRAF@OHM
AMIRAH AZHANI@ONIE
SITI FATIHAH@TEHA
NABILAH FIKHRIAH@ILA
AMALINA@AMAL KECIK
FATINA@TINA
SHAHRUNNIZAM@CHAO
FARIS@CIKANG
PRASHANTH@SHAN
HAZRI@ACENG
ZUL ISKANDAR@ZUL
EMALINA@EMA
SYAZANA@NANA
ATIKAH@TIKAKI
SYAFIQAH@PEACOCK
TAN JIA JIA@JIA JIA
AZEEMA@ZEEM

CIKGU-CIKGU DA BOMB SENI 2010
CIK NOER SUHAILI (F5)
CIK NURUL AIN (F4)

SAJA2 CAPUB BAJU KELAS PLKN..
BUDAK2 B4 DA CONTENG.. ;D


budak2 seni! jangan berhenti melukis ye..
good luck dalam apa pun bidang yang korang
ceburi.. semoga kita semua terus sukses!

Saturday, March 26, 2011

Selangkah ke UiTM

seriously.. mata Zee rasa berat sangat..
seharian berjalan-jalan dekat shah alam..
huhhh.. letih tapi syok!
hahhhh.. ini laa gambaran situasi Zee semasa
sedang menaip.. cuma yang membezakan kami,
mata Zee terbuka..(macam mana nak menaip
dengan mata yang tertutup???)

okeh okeh.. coretan kali nih simple je..
just nak bagitahu yang pagi tadi sampai laa tengah
hari Zee ber'enjoy' di UiTM shah alam..
(untuk apa??)
hahahaha!! yang da tahu tu.. diam2 je ehh..
yang belum tahu.. meh sini Zee habaq..
hehehe.. ada ekspo "selangkah ke uitm"
bermula hari nih, 26 mac sampai laa esok,
27 mac dekat dewan agong tuanku canselor..

nak ringkaskan cerita, memang best laa..
walaupun bersesak-sesak mengalahkan ikan
sardin dalam tin, tapi info yang Zee dapat
sangat2 berbaloi.. tak tipu!
hahahaha!! ramai kan.. nak jalan pun susah.. haiihhh..
ohh sebelum terlupa! Zee terserempak dengan
kawan sekolah rendah, muiz and atiqah.. then,
leeya bravo and sharmimi delta! paling Zee tak tahan..
ada yang pakai kasut pt (kasut sukan plkn)
adoyai.. semangat.. tapi lagi semangat bagi
yang memakai topi plkn and baju plkn..(bukan baju
kelas) alamak aii.. diorang buat Zee tersenyum!

Zee dekat sini for sure laa menyibukkan diri dekat
booth 3&4 (fakulti seni lukis dan seni reka)..
da kata pun minat kan.. time Zee dengar
briefing daripada seorang pak cik kacak nih, dari
situ Zee tahu banyak benda tentang fine art!
(course pilihan Zee)
after tu, memang da fix! Zee akan ambil course
nih! hehehehehe.. lama jugak Zee dekat booth
nih.. tengok2 hasil kraf.. intai2 lukisan.. usha2
fesyen rekaan student.. and for sure, ambil
benda2 yang boleh diambil!! hahahaha!!
tapi memang kerja Zee dengan kawan2 Zee
collect benda2 free.. hahahaha!!

lama Zee pusing2 dengan jenon.. nak jalan2
dengan ema,nailah and adilah, diorang da hilang
dari pandangan mata! so, jalan berdua je laa..
kejap pergi
booth itu..kejap pergi booth ini.. jenon pulak,
secara rasminya nak ambil tourism.. :)
waktu tengah hari, terserempak laa Zee dengan
budak2 maktab.. sempat laa jugak kitorang
ambil2 gambar tengah2 orang ramai.. hahaha!!
sebahagian daripada kami :)

 afan hero! baik punya.. hahaha!! :D

time tengah hari, kitorang pergi lunch dekat
plaza sentral shah alam.. nasib baik si pidot
ada.. jadi tourist guide kitorang.. hahaha!!
semangat pidot bagi briefing! 
gaya macam kitorang nih pendatang dari luar
negara laa pulak.. haiihhh.. :)
mula2 kitorang naik bas, then jalan kaki..
kanak-kanak ribena nak lintas jalan..
p/s: encik firdaus kata, "lintas je weh.. kalau kereta tu jauh
confirm dia takkan langgar.. kalau langgar jugak memang nak
masuk jail!"  (Zee akan ingat sampai bila2..kalau Zee
mati kena langgar, Zee akan cari encik firdaus ye) 

makan dekat food court!

penat Zee makan mee hun tom yam nih.. tak de siapa
yang sudi tolong Zee.. hahaha!! :D

after settle makan and solat, pergi main bowling
pulak.. tapi girls tak main.. tengok je.. hahaha!!
pukul 4 petang, masing2 buat hal sendiri..
Zee dengan adilah pun balik laa.. :)

okeh.. kepala da start sakit.. letih siang tadi
masih berbaki.. kepada kawan2 yang join tadi,
next week jom pergi mines pulak! hehehe..
kepada firdaus.. terima kasih ye!
thanks to afan jugak bayar tambang bas yang
first bas kita naik tu! ;)

aku nak jugak!

 
"waktu terasa semakin berlalu
tinggalkan cerita tentang kita..
akan tiada lagi kini tawamu
tuk hapuskan...."

OMG!!

lagu yang sedang diputarkan pun sempat pause
sekejap sebab terkejut!
"alamak aii.. dari mana pulak datangnya dua
makhluk nih.."
guess what??
alahh..tengok gambar bawah nih pun da tahu..
 
hihihi.. normal bagi Zee tapi mungkin
abnormal bagi kawan2 Zee dekat maktab.. 
mana tak nya.. tak pernah2 nampak
Zee ada jerawat.. tiba2 ada pulak!
 
hey hey.. Zee ada je jerawat.. tapi sangat
jarang datang melawat Zee..(tak suka Zee
kot) hahahah!!
so, kawan2 di maktab.. jangan geram dengan
kulit muka Zee.. ini genetik.. nak buat
macam mana..
seperti biasa..
 
 syok ke picit jerawat??
okeh okeh.. seperti biasa..
Zee tak picit.. biarkan sahaja jerawat2 tu..
nak buat apa kacau.. dia nak hidup jugak! 
(hahahaha!!)
bak kata ibu Zee.. kalau kita tak kacau,
dia akan pergi sendiri tanpa meninggalkan
kesan di wajah kita.. sampai sekarang Zee
percaya! hihihihihi

okeh2.. sebenarnya nak cerita sikit nih..
first time Zee pergi LOW YAT!
hahaha!! maybe nampak macam ketinggalan
je Zee nih.. duduk dekat2 KL da 18
tahun.. baru nak jejak kaki dekat low yat..?!
ini pun kira nasib baik je.. sebabnya jalan2 dekat
KL tanpa hala tuju.. naik komuter pergi KL sentral..
naik monorel stop kat imbi.. jalan2 masuk
bangunan sana sini jumpa laa low yat!
hahaha!!
whateverlah!

Zee masuk dari sini.. tak tahu laa kan kalau
ada pintu lain.. :)

masuk2 je da nampak lap top sana sini.. haiihhh..
dengar cerita.. dekat sini harga murah!
Zee pun jalan2 dari tingkat bawah naik ke atas..
turun bawah balik.. lepas tu naik atas..
(kenapa pulak nih?? main eskalator??)
hihihi.. Zee buat perbandingan harga laa..
kata murah! (mungkin..) tapi bagi Zee yang
bekerja sebagai penjual anggur nih..(penganggur)
mana laa ada duit banyak..adoyai..
(itulah!! lain kali kerja!!)

aim Zee satu je.. nak cari hard disk!
(can you see the title of this post??) 
hehehe.. so, apa2 pun terjadi, Zee nak jugak
hard disk hari nih! penat tau jalan2..
actually.. Zee nak hard disk untuk
simpan semua memori dekat PLKN..
sambil2 tu boleh simpan banyak2 movie..
hahahaha!!
after da window shopping hampir 2 jam..
baru laa decide..
 
 ini je laa yang mampu dibeli.. itupun pakai duit
ibu.. haiihhh... thank you ibu.. Zee
dapat beli 500GB je.. ingatkan nak beli yang
1TB.. best sikit.. hahaha!! last2 tengok
harga.. hmmm.. esok2 je laa ye..
takkan laa beli hard disk je kan.. beli laa
dengan cover dia sekali.. so, yang kiri tu
kotak hard disk.. (hard disk mana?? kotak je??)
sabar sabar... hard disk di tengah2 tu..
sudah dikeluarkan.. yang kanan tu cover hard disk..
 
 ini laa hasil gabungan hard disk dan covernya..
hahahaha!! 

okeh2.. coretan nih
khas untuk mereka2 yang tak putus2 bagi kata2
semangat dekat Zee.. (alamak aii.. i'm ok laa)
thank you sangat2 okeh!
Zee sedar.. sampai bila Zee nak frust 
menonggeng kan.. Tuhan da menyusun segalanya
untuk kita dan itu yang terbaik untuk Zee..
jadi, Zee terima dengan hati yang terbuka..
kepada kawan2 yang senasib dengan Zee..
rileks2 laa.. masa depan masih ada..
peluang sentiasa terbuka untuk kita..
so, be happy okeh! chill :D